Puasa-3

September 1st, 2010

1) Pernah tak korang rasa….sedih…. tiba-tiba? Ape korang akan buat kalau perasaan tu datang? Kalau aku, aku akan tidur! paksa diri untuk tidur! Semoga segala kesedihanĀ  akan hilang bersama mimpi-mimpi aku…

2) Semakin hari nak raya ni, makin malas pulak datang kerja. Bosan je rasa..

3) Lagi beberapa hari je Ramadan akan tinggalkan kita :(

4) Lagi beberapa hari je lagi jalan Ampang takkan jam macam siot. Aku nak muntah asyik makan jammm je hari2..

5) Aku dah nak period ni… angin jeee nihhh…

bye :)

Puasa-2

August 27th, 2010

1) Gomen bagi duit raya! RM500..huu

2) Tahun ni adela anak2 buah aku duit raya! :)

3) Banyak ke ibadah aku di bulan ramadan ni? Hmm..semoga Allah terima segala ibadah aku….

4) Aku tengah taip blog dekat kampung! :P

Puasa

August 19th, 2010

1) Raya tahun ni, org2 cuepacs senyap je. Selalu dah melaung2 kelua dekat surat khabo mintak bonus. Huhu…kalau ada bonus tahun ni..sedap la sikit nak beraya ye tak?

2) Kraftangan Malaysia dah mula nak buat expo Aidilfitri! bestnya…nak cuci mata! yang penting, pergi pada hari terakhir! strategi namanya! :)

3) Raya tahun ni aku tak beli baju raya kot.. takda mood lah.. pakai ajelah baju yang selalu g keje ni.. bukan orang kampung tau pun, baju lama ke baju baru ke..huhu

4) Baru-baru ni dalam perjalanan dari sg siput – KL, ada kereta terbabas di pembahagi jalan selepas RnR Tapah. Memang berlaku depan mata aku. Nasib baik kereta yang kami adik beradik naik tak laju.. kalau idak…memang selamat lah.. Hurmm.. Dugaan di bulan Ramadan

5) Tahun ni raya anak sedara dah bertambah! huhuhu..lagi meriah la rumah! alhamdulilah… kalau mak uda ada bonus, ada duet raya! takda kalu..makan lemang aje lah ye!

Daa ~

Ramadhan datang lagi!

August 8th, 2010

Diam tak diam…dah setahun berlalu.. Bulan Ramadhan datang lagi.. Alhamdulilah.. Semoga aku dan korang semua dapat menghayati dan menghargai bulan yang mulia ini.

Apa azam korang bulan puasa kali ini? hehe.. kalau aku, aku nak tunaikan solat terawikh! tak kira lah..sehari ke..2 hari ke…kalau 30 hari lagi bagus kan? Itu semua nikmat yang tak terkata..InsyaAllah..kita hanya merancang dan berusaha kan? Lagi satu, kalau boleh aku nak puasa sebulan penuh! huk3..tapi memang tak la kan.. dah namanya perempuan..Tapi jangan lah seperti tahun lepas..14 hari oohh nak mengganti..seksanya nak berpuasa dikala orang lain tak berpuasa! hehe..tapi kalau dah begitu takdirnya.. aku reda.. :P

Tahun ni puasa ada sedikit perubahan. Apa dia? haa…akak dan adik aku sedang dalam mood membuat kek dan makanan2 barat. Wah! untung aku dapat adik beradik sebegini. Hari-hari ada je makanan2 yang terbaru yang diorang akan buat. Aku cuma tolong2 je..hehehe.. semoga semangat dorang akan berterusan sampai bila-bila! Kenyang perut i…

Aku nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat beramal kepada semua pembaca blog ini! tak kira la silent reader atau sesapa saja… Jangan ponteng puasa ye! hehehe…

Wassalam

Leave the past in the past, the future in the future, and enjoy the present of the present

July 22nd, 2010

Bila baca balik entry2 aku yang lepas, huu, segan pun ada.

Apala yang aku merepekkan.

Tapi, takpe. Itu semua pengalaman buat diri aku!

Cuma aku kena perbaiki lagi cara penyampaian aku kan? InsyaAllah! aku cuba.

Perjalanan kami

July 19th, 2010

Assalamualaikum

Cuti-cuti di Terengganu sudah selamat semuanya. Alhamdulilah. Syukur pada Dia. Semua perjalanan kami dilindungi oleh-Nya.

Ada 1001 kenangan yang aku tak boleh lupa di sana! hehe..semuanya adalah pengalaman yang sangat-sangat indah.

Gambar dah upload di FB!

daa~

Berpergian

June 29th, 2010

Sedang mencari

images

baju kemeja bunga-bunga

0RB2132__901

Cermin mata gelap,

images (1)

topi yang santai dan

images (2)

bajet saya sudah mencukupi!

Yes!

Terengganu……………tunggu sayaaaaaaa!

p/s: tq to google for the pikcahhh

ahh

June 16th, 2010

Aku sangat tak puas hati dengan situasi macam ni..

Tengah syok-syok bawak motor, tiba-tiba bunyi siren. Polis kuda putih 2-3 bijik motor potong jalan. Amik depan sekali. Suruh orang berhenti. BONGOK betol. Lepastu bagi laluan dengan selesanya kepada ORANG KAYA NAK MAMPUSĀ  yang bercermin tingkap gelap. Apa salahnya ikut cara yang betul. Jam ke ape ke. Redah ajelah. Hina sangat ke? Allah baru bagi nikmat sikit. Berlagak mengalahkan setinggi gunung.

Gigi sakit, Aku sakit

June 10th, 2010

Elop,

Dah 2 minggu gigi ni buat hal. Sebenarnya, gusi yang membengkak. Aduh..Tuhan ajela yang tau..satu badan ni jugak merasa sakit nih.. Bulan depan nak buat scalling lah..malas betol nak mengadap doktor tu..sakit tu satu hal la…Tapi nak tak nak, kena pergi jugak.. Sekarang ni bengkak dah kurang…denyut-denyut tu ade lagi. Wuh…tak tahan!

Ape cerita korang? hehehe..semoga selamat2 selalu ye!

Bubyeee..

rindu

June 8th, 2010

Kena update nih..

tunggu :)