Awatnya cekk
Saya telah kembali!
4 hari bagaikan 10 hari aku rasa berada di Kedah dan Perlis. Tak banyak kenangan yang boleh aku kenangkan.. Tetapi yang pasti adalah cuaca di sana memang panas. Seperti di Kuala Lumpur juga. Kerja tetap kerja. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar! NAsib baik Press tak banyak yang turun! Lega2….kalau tidak, aku tak dapat bayangkan kalau aku sorang-sorang terkejar2 nak menjaga dorang semua nih..
Aha…aku dapat makan LAKSA LEMAK dekat Perlis, sedap sangat weh! hahaha…sebelum ni pernah rasa dah laksa ni..Nani, kwn aku pernah bawa dekat office dulu. Memang best lah..Rasanya belah2 Perlis yang dekat area Siam sana yang pandai masak Laksa Lemak ni..kalau tak silap lah.. Tak lupa juga Laksa Kedah. Hilang kempunan aku..wawawa..hari terakhir g Pekan Rabu menghabiskan sisa-sisa duet yang ada
dan selepas tu dapat la aku makan laksa Kedah yang ada di gerai-gerai berdekatan. Okeylah.. sedap jugak. Itu aje aku rasa yang menarik dan menhiburkan hati aku di Kedah dan Perlis. Hehehe..
Sebenarnya..aku rindu sangat dengan blog aku nih! Muahhhh
Mari emosi
Apabila bukan kecuaian kita..tetapi dihentam tanpa mencari dan membantu…hasil daripada doa dan usaha kita..Allah bagi pertolongan kepada Hamba-Nya yang tak bersalah..
Syukur sangat-sangat! Aku gembira! Sebabnya..kebenaran telah terbukti dihadapan aku dan dia! Sengal! Carila tempat kau dulu sebelum nak maki aku!
dah lega..
Semuanya tentang masa
Ape yang dirancang kadang-kadang tak menyebelahi kita.
Ape yang kita elak, kadang-kadang itulah yang kita perlu hadapi.
Life is life
Just for fun!
Lokasi: Kelab Belia dan Sukan, Kg Pandan, Kl
cik zara
sukan bawak lari guni! hahah
mesti la saya lagi!
Makyung “Anak Raja Dua Serupa”
Malam semalam aku pergi ke IB untuk sesi pratonton Teater Makyung. Memandang kan tiketnya adalah free! jadinya dengan gembira sekali aku membawa akak dan adik aku join sekali. Heh..bila lagi kan..
Preview siket eh
Okeh, bagi aku…teater makyung nih sesuai untuk orang yang faham dialek Kelantan. Pada 20-30 minit pertama tayangan, aku ternganga sekejap! tapi takda lalat masuk oke
. Sepatah haram aku tak faham apa yang Tukang Cerita tu bercerita..Cuma penyelamat bagi teater ni adalah lawak jenaka daripada Sabri yunus dan rakannya pada pertengahan teater. Memang kelakar la dorang..Lagipun bagi aku, kalau setakat dialek Kelantan Sabri Yunus, semua orang boleh faham.
Bagi sudut tarian dan kesenian pula, memang menarik! Tak rugi kalau kita pergi tonton untuk melihat seni tarian warisan negara kita kan?* aiceh..mentang2 kerja dekat Warisan*..Liuk tangan dan badan dorang sangat Superb bak kata org putis. Sekurang-kurangnya bila orang di luar bertanya kepada kita mengenai Makyung, kita sudah melihatnya..Berbaloilah bagi aku..lagi2 tiket Free kan? ahaha..
Penceritaan
Mengisahkan Raja dan Permaisuri di Kelantan yang mempunyai sepasang anak kembar yang bernama Iras Kesuma(abang) dan Alam Kesuma(adik). Semasa berperang dengan Raja Lanun, Alam Kesuma telah terpisah dengan keluarganya kerana telah diculik oleh Raja Lanun tersebut. Apabila dewasa, Iras Kesuma telah meminta izin daripada keluarganya untuk mencari adiknya yang terpisah sejak sekian lama.Jadi bermulalah kisah pencarian adiknya yang hilang sehingga berjumpa kembali. Ringkas bukan? Ceritanya senang je..cuma apabila elemen makyung diserapkan didalam penceritaan ini..ia menjadi panjang gilaaa… Maklumlah nak menari lagi, nak nyanyi lagi, mana nak berlakon lagi..memang mencabar jugak Teater makyung ni..
Kesimpulannya..jangan tanya aku tiket Free. hahaha.. Ni sponsor daripada Jabatan
Silalah tonton!
*credit to Kosmo 4 the information
Kena gigit hantu
Dulu, masa aku kecik2, bila aku ternampak lebam dekat kaki aku, mesti aku jadi takot! sebabnya.. mak cakap tu kena gigit hantu! gile la..cemana hantu boleh gigit aku? takot ohh.. malam tu mesti aku baca macam-macam doa tidur..hahaha..so aku percaya la sampai la aku membesar bagai juara sekarang ni..hehehe..sebenarnya lebam-lebam yang ada dekat kaki aku tu datangnya daripada kecuaian aku sendiri la.. cuma tanpa sedar je..kadang-kadang kalau berjalan, tiba-tiba terlanggar meja.lepastu rasa sakit.. bila malam nak tidor baru perasan ada lebam. Begitula kaedahnya kan?
Begitula kepercayaan aku waktu kecik-kecik, so sekarang aku sebarkan cerita mak aku ni dekat anak-anak sedaraku..ngehehe..
chill out
haish..baru balik berlibur bersama-sama my kawan baik! tgk wayang n makan2..
Td tengok cerita “The spy next door”. Biasa2 saja bagi aku, tipikal movie.. Kalau korang pernah tengok “The Pacifier” lakonan Vin Diesel.. ha memang sejibik lah aku rasa..Daya tarikan cerita ni hanyalah Jacky Chan. Hurm..cite macamni..tengok DVD je lah! Eh tapi dekat panggung tadi,cerita “Adnan Sempit” tiket habissss oke! wahhh…cerita melayu sekarang sudah diterima oleh masyarakat umum ke? heheh..nanti nak tengoklah.. mungkin menarik.
end-
Sleep tight
Chat
Kalau nak chat dengan saya sila guna Gtalk eh
Malas la nak on YM skang nih…
Kalau korang tada Gtalk, ape lagi download laa..hehehe
Add me : zaharah.ismail@gmail.com
=)
Ini saya serius sikit.. “,
Gula
Kenapakah kalau ade saja benda yang naik harga, alasan Kerajaan ialah ‘harga di dalam negara kita masih TERENDAH diantara negara-negara lain(Asia la terutamanya)—-ey bagi alasan lain laaa…sengal nak mampos!
Minyak
Mulai Bulan Mei nanti minyak akan ikut kapasiti kereta masing2, kiranya org kaya kalau pakai kete besar, harga minyak takkan ada sabsidi Kerajaan. Ikut taraf hidup pulak. Ah ni aku tatau ape motif nya..
Kalimah Allah
Ni isu sensitif oke.. Kepada pihak yang BERTANGGUNGJAWAB sila la ambil tindakan sepatutnya..nanti kena sambar petir baru tau..
Klinik 1 Malaysia
Daripada sudut positif, bagusla.. sekarang orang dah ramai miskin..bagi yang kurang mampu sangat sesuai la..boleh elak kesesakan dekat hospital-hospital kerajaan. Tapi untuk perhatian kawan-kawan Klinik ni hanya ada MA (Medical Assistant) aje oke. No MC2..hahaha..Harap2 klinik ni bukan hanya boneka kerajaan je la..Buat la betol2..kesian rakyat
Harga Rokok
Sekarang sudah ada harga minimum untuk rokok. Tapi aku tak boleh komen lebih2.. sebabnya..bapak gue merokok daa..nanti derhaka. masuk neraka. hehehe
Enjin pesawat F5-E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
Kenyataan Akhbar hari ni:
“Hanya RM303,570, bukan RM28j”
ehhh… yeke?
Kisah Anak bunuh keluarganya
Mungkin ada sebab yang lain..ape yang aku baca, pasal die mengamalkan ilmu sesat la..ade statement cakap pasal die mental. Entahla..kita tunggu la cerita seterusnya…
Sekian,
Gambar ni abg aku ambil semasa kitaorang 1 family on the way ke majlis kenduri kahwin last year. Siapalah agaknya yang berani tampal kertas tu kan?